Sabtu, 15 Jun 2013

Baung XL bedal sawit peram

Memang tidak disangka,baung bersaiz XL makan umpan sawit peram. Mungkin kemasaman bau sawit peram dapat memperdayakan baung bersaiz ini atau ianya hanya berlaku secara kebetulan.Waktu yang sesuai untuk mencari baung ini semestinya pada musim hujan,keadaan air sungai yang agak keruh selepas hujan,menarik minat baung untuk keluar mecari makanan.Umpan yang paling berkesan dan serig digunakan oleh pemancing untuk menjerat baung tentulah tapa ikan,bagi yang geli atau tidak sanggup dengan bau,sahabat-sahabat juga boleh menggunakan umpan udang atau pun anak ikan.

Tiada ulasan: